Kerjaya politik Wan_Azizah_Wan_Ismail

Parti Keadilan Nasional

Selepas suaminya, Datuk Seri Anwar dipecat dan ditahan pada 20 September 1998. Datin Seri Wan Azizah membantu menubuhkan Parti Keadilan Nasional (kini Parti Keadilan Rakyat) pada 4 April 1999 dan memegang jawatan sebagai presidennya.[8]

Selepas Anwar dibebaskan pada tahun 2008, beliau dilantik oleh partinya sebagai Penasihat Umum (de facto) sehingga tahun 2015.

Ahli Parlimen

Beliau menyertai pilihan raya pertama bagi kerusi parlimen Permatang Pauh dalam tahun 1999, yang mana beliau telah menang menewaskan Dato' Seri Ibrahim Saad dengan satu majoriti 9077 undi. Beliau berjaya mengekalkan kerusi tersebut dalam pilihan raya seterusnya dalam tahun 2004 dengan majoriti kecil selepas beberapa kali kiraan semula. Beliau menewaskan Ustaz Firdaus.

Dan pada 8 Mac 2008, sekali lagi menentang Ustaz Firdaus sekali lagi beliau mempertahankan kerusi Permatang Pauh mewakili Parti KeADILan Rakyat, selaku parti komponen Pakatan Rakyat, yang juga disertai oleh PAS dan DAP. Beliau juga adalah mantan Ketua Pembangkang Malaysia.

Beliau telah meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang pauh pada 31 Julai 2008 untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil.[9][10]

Pada 1 April 2015, Anwar disabitkan bersalah diatas kesalahan meliwat pembantu peribadinya dan telah dihukum penjara 5 tahun. Ini memyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang. SPR telah menetapkan 7 Mei 2015 sebagai hari pengundian pilihan raya kecil Permatang Pauh 2015. 8 Mei 2015, Wan Azizah berjaya memenangi kerusi tersebut dan beliau dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang baharu dengan majoriti 8,841 undi menewaskan calon dari BN, Shabudin Yahya dan dua orang calon bebas (kedua-duanya hilang deposit).

Pilihan raya Mac 2008

Wan Azizah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam pilihan raya umum Malaysia ke-12 dengan majoriti 13,388.[11] Beliau disokong oleh semua parti komponen Pakatan Rakyat untuk mengetuai pembangkang di rumah parlimen, Dewan Rakyat.

Dengan pengumuman awam oleh Anwar Ibrahim berhubung hasratnya untuk kembali ke politik aktif walaupun di sisi undang-undang dihalang daripada berbuat demikian,[12] Wan Azizah menunjukkan kesediaannya untuk mengosongkan kedudukan presiden parti jika beliau dipilih.[13] Bagaimanapun, beliau juga telah menyatakan bahawa dia bercadang untuk mempertahankan kerusi Parlimennya untuk Permatang Pauh.[14] Beliau meletak jawatan kerusi parlimennya untuk Permatang Pauh pada 31 Julai 2008, untuk memberi laluan kepada suaminya, yang memenangi pilihan raya kecilnya pada 26 Ogos 2008 dengan majoriti besar.

Gelaran kehormat

Wan Azizah diberi penghormatan sempena hari ulang tahun rasmi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 12 Julai 2008 apabila beliau dianugerahkan Darjah Panglima Pangkuan Negeri, suatu perintah pangkat kedua di negeri ini. Anugerah itu membawa gelaran Datuk Seri.[15][16]

Krisis politik Selangor 2014

Rencana utama: Langkah Kajang

Pada 9 Mac 2014, PKR telah mengumumkan beliau sebagai calon baharu untuk pilihan raya kecil Kajang.[17] Perkara ini adalah berikutan daripada keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas suaminya, Anwar Ibrahim. Suaminya disabitkan atas kesalahan meliwat, sekali gus telah menyebabkan hilangnya kelayakan sebagai calon DUN kawasan tersebut.[18]Selepas memenanginya, beliau dicalonkan partinya sebagai menteri besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat oleh PKR.[19]

Pilihan raya kecil Permatang Pauh 2015

Pilihan raya kecil telah diadakan untuk kerusi Dewan Rakyat bagi Permatang Pauh pada 7 Mei 2015,[20] selepas suami Wan Azizah Anwar Ibrahim telah hilang kelayakan daripada memegang kerusi tersebut setelah didapati bersalah atas tuduhan meliwat dalam perbicaraan kontroversi.[21] Wan Azizah bertanding bagi kerusi itu menentang tiga calon lain,[22] mengekalkannya untuk PR dengan majoriti 8,841 undian.[23]

Pilihan raya 2018

Pada pilihanraya 2018, Wan Azizah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.[24] Ia merupakan sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk Mahathir untuk berkhidmat sebagai interim jika dipilih, meminta pengampunan untuk Anwar dan membuka jalan baginya untuk mengambil alih.[25] Ada pula yang membuat spekulasi bahawa Wan Azizah yang akan memberi laluan kepada suaminya.[26]

Rujukan

WikiPedia: Wan_Azizah_Wan_Ismail http://www.abc.net.au/news/2014-03-07/an-malaysian... http://www.radioaustralia.net.au/asiapac/programs/... http://aliran.com/archives/ms990508.html http://www.asiaweek.com/asiaweek/magazine/99/1231/... http://www.astroawani.com/berita-politik/tun-mahat... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.malaysiakini.com/news/256501 http://www.malaysiakini.com/news/297557 http://www.malaysiakini.com/news/64598 http://www.suarakeadilan.com/sk/berita-utama/2008/...